Pendahuluan

Pendahuluan

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri perkayuan negara. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, MTIB telah mengambilkira aspek pembangunan sumber manusia sebagai salah satu elemen yang amat kritikal yang perlu diberi penekanan, supaya industri perkayuan dapat mempertingkatkan produktiviti, kecekapan, kualiti serta mempunyai produk yang bernilai tambah.

Oleh itu, bagi melaksanakan peranan tersebut dengan lebih berkesan, maka MTIB telah menubuhkan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu atau Wood Industry Skills Development Centre (WISDEC) di Banting, Selangor dalam tahun 1995 dan satu lagi di Kota Kinabalu, Sabah dalam tahun 2005. Penubuhan WISDEC adalah selaras dengan matlamat negara iaitu untuk mempercepatkan pemindahan teknologi dan tahap pemprosesan bagi produk kayu bernilai tambah seperti perabot, tanggam dan kayu kumai. Objektif utama penubuhan WISDEC adalah:

Memberi latihan kemahiran secara ‘industry oriented’ untuk industri perkayuan;
Membantu meningkatkan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan;
Memberi khidmat nasihat teknikal dalam pengeluaran perabot;
Menggalakkan pemindahan teknologi melalui latihan teknikal bagi memodenkan industri pemprosesan kayu; dan
Membantu dalam pembangunan produk.




Pautan Kerajaan

KIU MyGovernment MSC MDEC MAMPU

Hubungi

mod_vvisit_counterHari ini136
mod_vvisit_counterSemalam141
mod_vvisit_counterBulan ini36560
mod_vvisit_counterBulan Lepas36487
mod_vvisit_counterSepanjang tahun335937