FREQUENTLY ASK QUESTIONS > Bentuk Latihan

FREQUENTLY ASK QUESTIONS
Fungsi Utama
Bentuk Latihan
Pembangunan Modal Insan
Apakah bentuk-bentuk latihan yang ditawarkan WISDEC kepada industri perkayuan?

Program latihan yang ditawarkan oleh WISDEC terdiri daripada dua kategori iaitu:

i) Kursus Jangka Pendek

 

Kursus Berjadual (Scheduled Courses)
Kursus-kursus yang dirancang secara tahunan untuk memenuhi keperluan pihak industri kayu khususnya di peringkat operator pengeluaran, penyelia dan pengurusan.

Kursus Atas Permintaan (Customised Courses / In-House Training)
Kursus ini dilaksanakan atas permintaan pihak-pihak tertentu sama ada dari pihak industri mahupun dari organisasi tertentu.  Kursus-kursus atas permintaan yang kerap dianjurkan oleh WISDEC adalah seperti berikut:

a) Kursus Pengenalan MGR
b) Kursus Asas Teknologi Kayu
c) Kursus Anatomi Dan Pengecaman Kayu
d) Kursus Pemesinan Kayu
e) Kursus Pembuatan Perabot
f) Kursus Pemeringkatan Kayu


ii) Latihan Berasaskan Ketrampilan (Competency – Based Training)

Skim Perantisan Industri Berasaskan Kayu (Perabot)

Skim Perantisan Berasaskan Kayu (Perabot) telah diwujudkan oleh MTIB bersama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat perkayuan khususnya perabot menaja pelajar lepasan sekolah PMR/SPM/pekerja, bagi mengikuti latihan kemahiran khasnya dalam bidang pemprosesan perabot (Sila rujuk Lampiran I).

Kursus Pengeringan Kayu 

Kursus ini dianjurkan bersama oleh MTIB, FRIM dan UPM.  Peserta yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Kelayakan (Certificate of Competency).

Government Links

My Government MSC Malaysia Ministry of Plantation Industries & Commodities Mampu 1Malaysia e-Solat Jakim

Contact Us

mod_vvisit_counterToday116
mod_vvisit_counterYesterday47
mod_vvisit_counterThis month24816
mod_vvisit_counterLast month26772
mod_vvisit_counterAll days316009