FREQUENTLY ASK QUESTIONS > Pembangunan Modal Insan

FREQUENTLY ASK QUESTIONS
Fungsi Utama
Bentuk Latihan
Pembangunan Modal Insan


4. Bagaimanakah perancangan WISDEC dalam aspek pembangunan modal insan untuk industri perkayuan negara?

WISDEC  memiliki ‘Blue Print’  bagi penganjuran latihan dan ianya adalah seperti berikut:-

Blue Print WISDEC



5. Adakah terdapat sebarang insentif latihan yang ditawarkan kepada pihak industri jika mengikuti latihan di WISDEC

MTIB merupakan di antara agensi yang telah disenaraikan sebagai Institusi Latihan Yang Diluluskan di bawah Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Bagi Latihan Yang Diluluskan) 1992.  Syarikat-syarikat yang menghantar pekerja mereka untuk mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh MTIB, boleh menikmati potongan cukai yang sewajarnya di bawah kaedah-kaedah ini.

Industri kayu juga boleh menikmati insentif latihan melalui skim-skim yang berkaitan dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).  Skim-skim tersebut adalah:

i) Skim Bantuan Latihan (SBL) - dengan syarat segala keperluan PSMB dipenuhi.

j) Skim Bantuan Latihah Khas –  dengan syarat segala keperluan PSMB dipenuhi

ii) MTIB juga telah didaftarkan sebagai penyedia latihan di bawah PROLUS di mana sebanyak 7 kursus MTIB telah mendapat taraf ‘Approved Training Programme’ (ATP). Senarai kursus MTIB yang telah mendapat pengiktirafan ATP adalah seperti di bawah:

a) Perancangan Dan Kawalan Dalam Industri Perabot
b) Ekonomi Pengeluaran Perabot
c) Pengkosan Dan Belanjawan Produk
d) Interpretasi Lukisan Rekabentuk Perabot
e) Solid Wood Lamination
f) Pengeringan Kayu
g) Penggunaan Kayu Dalam Pembinaan


iii)   Diskaun sebanyak 10 peratus untuk yuran kursus, akan diberi kepada syarikat / individu yang memenuhi mana-mana syarat keperluan di bawah:

a)    mendaftar dan membuat bayaran yuran kursus sekurang-kurangnya satu bulan sebelum kursus yang dipohon dilangsungkan; atau
b)    menghantar dua (2) atau lebih peserta dalam kursus yang dipohon pada jangkamasa yang sama; atau
c)    menyertai sebarang kursus bagi kali ketiga (3) atau lebih dalam satu tahun kalendar kursus.


6. Selain daripada pengikhtirafan MS IS0 9001: 2008, adakah WISDEC Sabah memperolehi sebarang pengiktirafan lain berkaitan penganjuran program dari mana-mana badan persijilan?

WISDEC Sabah juga telah ditauliahkan sebagai:

PUSAT BERTAULIAH PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA OLEH JPK (SKM I,II DAN III)-PEMBUAT PERABOT
PUSAT BERTAULIAH  SLDN OLEH JPK (PEMPROSESAN VENER DAN PAPAN LAPIS)
PUSAT BERTAULIAH SLDN OLEH JPK (PEMBUAT PERABOT)
PUSAT LATIHAN PSMB (PROLUS DAN PERANTISAN)

7. Adakah terdapat sebarang bentuk kerjasama diantara WISDEC Sabah dan institusi berkaitan  bagi mempertingkatkan fungsi dan peranan kepada industri perkayuan?

WISDEC Sabah telah menjalinkan kerjasama MoU dengan agensi-agensi berikut:

Universiti Malaysia Sabah
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Politeknik Kota Kinabalu
Jabatan Penjara Malaysia
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah

Kerjasama ini dijalin adalah dengan bertujuan bagi mempertingkatkan lagi pembangunan modal insane dikalangan pelajar-pelajar institute pengajian/belia bagi mengikuti latihan-latihan yang ditawarkan dan seterusnya mengisi keperluan industri dalam memperolehi tenaga kerja mahir/separuh mahir dalam bidang perkayuan terutamanya dalam pembuatan perabot.

Government Links

My Government MSC Malaysia Ministry of Plantation Industries & Commodities Mampu 1Malaysia e-Solat Jakim

Contact Us

mod_vvisit_counterToday117
mod_vvisit_counterYesterday47
mod_vvisit_counterThis month24817
mod_vvisit_counterLast month26772
mod_vvisit_counterAll days316010